Tuesday, September 18, 2012

Allah is Everything

Views
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh! How your day today kawan-2? As yu olls know, I cuti harini, dan juga besok. Mohon jewless :p Ahaks. K, Kelas aku kan habis peksa awal, so amiklah kesempatan untuk bercuti sementara kelas lain masih dibelenggu dengan trial Spm muahaha.

K emm sebenarnya ada benda nak diceritakan.. Hha!!! Tadi twitter aku almost kena hack T___T Why? Ya Allah aku tak tau kenapa dan siapa yg buat. Tolongla, berdosa la jadi hacker ni.Tak baik! Hmphh *jeling* Hahahahha k, kite marah sekejap jer hikssssss k dah! Sebenarnya this is not the main story.
But this is it!

Cerita ini diadaptasi originally dari diri saya sendiri

Bismillahirrahmannirrahim...............................................
Aku mengaku, dulu aku seorang yg keras kepala. Sangat. Tak boleh nak kena tegur, mesti nak melenting. *yak alamak, geli je!* Haha dulu jugak, aku liat, LIAAAAAAT teramat sangat nak sembahyang. Kalau dah masuk waktu tu, aku suka tahan, tangguh tangguh, last-2 smpai habis waktu... Waktu aku mcm tak fikir akan dosa-2 yg aku da buat. Aku mcm da sikit demi sedikit lupa dekat Allah. Lagi-2 waktu tu, aku ada sayangkan seorang lelaki. Makin lupa lah aku dekat Dia. Aku tahu, ramai org cakap, sayangkan seseorang itu kerana Allah bukannya kerana hawa nafsu. Aku juga sedar, mungkin saat itu aku lebih sayangkan dia daripada Dia.

Aku tak sedar, tak terfikir akan berapa banyak tompok hitam yg ada dlm hati aku. Aku kerap tinggalkan perintah Allah tanpa rasa serba salah. Aku tak fikir akan balasan dan azab di akhirat kelak. Aku sombong hidup di atas muka bumi Allah ini. Langsung taknak berdoa kepadaNya mahupun mengingatiNya. Aku sedar bahawa "Jika kita tidak solat seumpama kita tiada agama". Tapi still, aku tak amik serious..
Until! Selepas aku berpisah dengan bekas teman lelaki.

Baru kini aku sedar yang orang yg kita sayang, org yg kita mengharapkan dialah jodoh kita, belum tentu lagi dia yg dijodohkan oleh Allah untuk kita. "Jodoh ditangan Tuhan, kita hanya mampu merancang" Baru kini juga aku nak sembahyang 5 waktu, berdoa dan merayu kepadaNya. Aku terbaca satu ayat yg, "Ada sebab mengapa Allah menurunkan ujianNya kepada hamba hambaNya" Aku juga percaya bahawa ada sebab disebalik setiap benda yg berlaku.. Waktu ni jugaklah, aku baru nak menyesal atas dosa-2 yg pernah aku lakukan. Waktu ni lah aku terfikir akan azab dan balasan Allah. Waktu ni lah aku sedar yg aku da banyak melanggar perintah Allah. Tetapi, Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. Allah bagi aku peluang untuk hidup di atas muka bumi ini sehingga ke hari ini. Alhamdulillah aku ucapkan....

Kadang-2 aku sendiri malu dengan diri aku yg dulu. Aku malu dengan Allah. Aku tak gunakan nikmat yg Allah beri dgn sebaik baiknya.. Aku lalai, ye lalai  dengan hasutan Syaiton laknatullah. Tapi sekarang, Alhamdulillah. Pengalaman mematangkan kita. Aku nak dekatkan diri kepada Allah, InsyaAllah. Waktu aku sedih, kepada Dia jugalah aku merayu kerana hanya Dia seorang yg betul-2 faham akan perasaan aku iaitu makhluk ciptaanNya sendiri. Aku memohon keampunan dr Allah dan mengharapkan Dia untuk memaafkan dosa-2 aku. Sesungguhnya, kepada Dia jugalah aku kembali.

Allah da bagi aku banyak peluang. Dan kali ini, InsyaAllah aku nak gunakan peluang ini sebaik mungkin.
Aku manusia biasa, tak lepas dr melakukan dosa dan kesalahan. Tapi, selagi iman kita ada dan kukuh, insyaAllah aku akan terus berada dijalan yg lurus. Amin. Aku juga berharap selepas ini hidup aku lebih diberkati dan diredhai olehNya. Ingat wahai kawan-2 ku, kasih sayang terhadap manusia tidak menjaminkan apa-2, tetapi kasih sayang terhadap Allah, menjaminkan ganjaran yg tinggi kelak. InsyaAllah :)
Alhamdulillah, aku bersyukur atas segala nikmat yg Engkau berikan Ya Allah. Jauhkanlah aku dari perbuatan munkar, hasad dengki dan perasaan iri hati. Kau lindungilah aku, keluargaku, sahabat-2 ku, dr apa jua malapetaka. Semoga hidup kami, umat Islam sekalian, diredhai olehMu Ya Allah.

"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan lain yg ku sembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah"

Here some tips for you guys untuk sntiasa igt dekat Allah;

  • Bila da masuk waktu tu, jangan lewat-2 kan. Kalau agak-2 korang da ada niat untuk nak skip solat tu, CEPAT-2 ingat akan azab, balasan Allah dekat neraka nanti. Takut kan?
  • Sentiasa ingat mati. Ajal maut kita, takda siapa tahu melainkan? Allah :) Korang mesti takut kan kalau tiba-2 nyawa korang kena tarik tanpa sempat mintak maaf dekat Allah? So kita kena sama-2 igt sendiri dlm diri masing-2 bahawa dunia ni sementara. Kumpul seberapa banyak pahala smentara kita masih hidup, InsyaAllah.
  • Kita manusia biasa, sering melakukan kesilapan. So each time kita rasaa-2 da buat dosa tak kira dosa kecil or besar, cepat-2 lah kita sebut "Astaghfirullah" banyak kali agar dpt tenangkan hati kita dan meminta keampunan dr Allah. Kita diwajibkan untuk menunaikan Solat Taubat Nasuha setiap kali selepas kita melakukan dosa!
  • Bila kita kena nasihat or kena tegur, jgnlah kita marah or tak terima. Terima teguran itu dengan ikhlas, dengan ini hati kita akan lebih tenang. Kita jugak kena jadi seorang yg penyabar. Allah sayang akan hambaNya yg penyabar.
  • Sentiasa berdoa, berzikir, beristighfar kepadaNya.

K semenanya ada banyak lagi tips, tp aku kongsikan yg ni je k? Mr Google kan ada ;P 

Jadi marilah kita sama-2 mengejar pahala dalam dunia ni, buktikan bahawa agama Islam ni ialah agama yg mulia. Tiada apa yg mustahil jika kita sentiasa berdoa kepada Allah.. InsyaAllah.
Ingat, Allah itu Maha Pengampun dan juga Maha Mengasihani.
Pintu taubat sentiasa terbuka buat hamba-2 Allah.
Semoga kita sesama umat Islam dapat berubah kearah yg lebih baik dan tegurlah jika ada antara kita yg tersilap..
Kawan-2, Allah da menjanjikan ganjaran yg tinggi kepada meraka yg melaksanakan segala perintahNya!

Entry ini ditype terus dr Najeeha!







































Jeng jeng!!! Hahahaha




Tegurlah saya jika saya silap. Betulkan kesilapan saya. Sekian dr saya Najeeha. Assalamualaikum ^^ Wallahualam.... 


THANK YOU FOR READING, DONT BE SHY TO COME AGAIN NEXT TIME!

0 love(s) me:

Copyright 2009-2012 NajeehaTee